Tuesday 31 December 2013

"VISIT MALAYSIA YEAR 2014" Di Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour



Majlis Sambutan "VISIT MALAYSIA YEAR 2014" Di Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour
Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia Tahun 2014, Tourism Malaysia telah mengadakan majlis sambutan dan memperomosikan "VISIT MALAYSIA YEAR 2014" di pintu masuk laluan laut  Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour.

Acara "VISIT MALAYSIA YEAR 2014" telah diadakan serentak pada 1 Januari 2014 pada 9.30pagi di 6 pintu masuk utama di Negeri Johor.

a) Laluan Darat - Bangunan Sultan Iskandar & JB Sentral, Kompleks Sultan Abu Bakar (link Kedua) dan Plaza Tol Skudai

b) Laluan Laut - Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dan Terminal Feri Tanjung Belungkor

c) Laluan Udara - Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Tourism Malaysia telah mensasarkan jumlah kemasukan pelancong ke Malaysia seramai 28 juta pelancong. Sedia Maklum Negeri Johor merupakan penyumbang tertinggi kepada kemasukan pelancong datang melawat ke Malaysia.


















Diharapkan  "VISIT MALAYSIA YEAR 2014" menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terunggul di dunia.

Wednesday 11 December 2013

Lawatan Deligasi CUEPACS Ke Terminal Feri Puteri Harbour


Lawatan deligasi  CUEPACS  Terminal Feri Puteri Harbour
Kedatangan  lawatan deligasi dari CUEPACS disertai seramai 30 pegawai dan diketuai oleh Presiden CUEPACS, Yg Bhg Dato Omar Bin Osman  ke Terminal Feri Puteri Harbour


- Tarikh : 11 Disember 2013 / Rabu
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang


Lawatan ini atas jemputan dari MACS bersama kakitangan  kerajaan  yang  berada Terminal Feri Puteri Harbour ini.

Deligasi dari CUEPACS ini  turut dibawa menaiki bot dari jeti Terminal Feri Puteri Harbour setelah selesai taklimat ringkas dari Pengerusi  Multi-Agencies Community Secretariat Puteri Harbour ( MACS Puteri Harbour).