Wednesday 1 May 2013

Selsema burung (AVIAN INFLUENZA)

 
Apa itu Selesema Burung (HPAI)?
-Selsema burung atau AVIAN INFLUENZA disebabkan oleh virus Influenza A
Terbahagi kepada 2
1-Highly Influenza (HPAI)
2-Low Pathogenic Avian Influenza (LPAI)
-Penyakit HPAI merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Influenza A khususnya sub-tip H5N1 dan H7N7
-Termasuk dalam senarai penyakit wajib lapor, Jabatan Perkhidmatan Veterinar
A) Tanda klinikal pada Unggas (HPAI=Highly Pathogenic Avian Influenza)
-Kematian mendadak  
-Kelemahan, cengkeraang telur lembek, diare, keluar leleran dari hidung dan mulut
-Pial dan gelambir mengalami pembengkakan dan berwarna kebiruan(sianosis).
-Edema bawah kulit sekitar leher sering pula dijumpai pada penyakit AvianInfluenza.
-Pendarahan meluas atau bintik-bintik sering dijumpai pada mukosa trakea,proventrikulus, usus, lapisan lemak, otot dada dan kaki. Perdarahan pada kaki
yang berupa bintik-bintik merah di kaki kaki 
-Masa inkubasi: ± 1minggu 
B) Tanda klinikal pada Unggas (LPAI =Low Pathogenic Avian Influenza)
-Tanda kurang kelihatan
-Gejala pernafasan lebih menonjol disamping depresi.
-kurang nafsu makan
-Produksi telur turun,
-Pembengkakan pada kepala termasuk pial dan gelambir.
Kenapa Penyakit HPAI Di beri Penekanan?
1-Menyebabkan kematian yang tinggi sehingga 100% dalam ternakan unggas.
2-Virus ini juga boleh menjangkiti manusia dan boleh mengakibatkan kematian.
3-Memberi implikasi negatif yang besar kepada industri unggas dan pelancongan negara
 
Virus ini mula menyesuaikan diri mengikut keadaan dan bermutasi menjadi virus yang paling berbahaya semakin bertambah kuat (berlaku perubahan genetik sesuatu organisma seperti tumbuhan, haiwan, dan sebagainya yang mengakibatkan perubahan ciri tertentu organisma tersebut) sehingga menyerang manusia. Di antara virus-virus Avian Influenza antaranya adalah H7N2, H1N7, H7N3M, H13N6, H5N9, H11N6, H3N6, HPN2, H5N2, H4N8, H10N7, H2N2, H8N4, H14N5, H6N5, H12N5, dan H5N1 (paling bahaya).
Krisis Wabak HPAI di Malaysia?
1-Pada 17 Ogos 2004 di negeri Kelantan melibatkan 12 kes wabak dengan penakaian unggas 18,537 ekor
2-Pada 19 Februari 2006, melibatkan 3 negeri secara serentak iaitu Kuala Lumpur, Perak dan Pulau pinang dengan 5 kes wabak dengan penakaian unggas tertinggi dalam sejarah HPAI di Malaysia 58,457 ekor ( berjaya dikawal selama 124 hari )
3-Pada 3 Jun 2007 di negeri Selangor melibatkan 1 kes wabak dengan penakaian unggas 4,266 ekor ( berjaya dikawal selama 95 hari ) 


Pada tahun 2006 dan 2007, Semenanjung Malaysia telah mengalami

serangan penyakit Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI) atau dikenali

sebagai penyakit Selsema Burung terhadap industri ternakan ayam.

Serangan penyakit ini berlaku di Selangor dimana sebanyak 60 ekor ayam

di Kampung Paya Jaras Hilir Hujung, Sungai Buluh mati akibat diserang

penyakit ini. Dalam usaha mencegah kemerebakan ke kawasan ternakan

ayam yang lain, selain ayam, itik, angsa dan burung merak juga telah

dimusnahkan melibatkan kerugian dianggarkan bernilai lebih RM2 juta.

 

 Penyakit Swine Flu atau Selsema Babi yang melanda negara pada tahun

2009 telah menyebabkan ancaman wabak Selsema Babi. Ia merupakan

penyakit jangkitan virus Influenza A dan biasanya dari sub jenis H1N1,

H1N2 dan H3N3. Virus influenza selalu ditemui pada babi, tetapi turut

ditemui pada spesies lain seperti ayam belanda, itik dan manusia. Manusia

yang terdedah kepada babi yang telah dijangkiti , berpotensi untuk turut

dijangkiti. Sehingga 11 Ogos 2009, seramai 32 orang disahkan mati di

Malaysia akibat selesema babi ini. Ini telah menyebabkan industri ternakan

babi di Negeri Sembilan terjejas teruk

-Kemasukan unggas hidup, produk berkaitan unggas perlu diisytiharkan (declare) dan perlu mematuhi prosedur yang di tetapkan bagi kawalan penyakit HPAI
 
 
Wabak Avian Influenza H7N9 Di Negara China
Berikutan kepada wabak avian influenza H7N9 yang dilaporkan berlaku di negara China, DVS dengan ini mengenakan larangan import semua jenis burung/unggas hidup termasuk telur daripada negara-negara Asia, Mexico dan Afrika Selatan. Larangan import ini berkuatkuasa serta merta dan penarikan balik status akan dilakukan berasakan penilaian risiko mengikut negara.
 

 

No comments:

Post a Comment