Pengenalan
Kerosakan tanaman di ladang selalunya berpunca daripada jangkitan dan serangan berbagai-bagai makluk perosak seperti serangga, kulat , bakteria, virus dan nematod. Kesan kerosakan makluk perosak dan penyakit merbahaya tanaman ini akan mengurangkan hasil tanaman dan boleh mengancam industri pertanian negara. Oleh yang demikian, pemeriksaan bagi setiap kemasukan atau pengimportan barangan pertanian yang masuk ke dalam negara akan di pantau oleh pihak MAQIS di setiap pintu-pintu masuk Negara bagi melindungi industri pertanian negara dari sebarang serangan makluk perosak dan penyakit.
DEFINASI PEROSAK
1.Haiwan verterbrata atau invertebrata, kulat, kuman,
virus, viriod,
2.Organisma seakan mikoplasma, rumpai atau
3.Oganisma lain yang mendatangkan bencana kepada tumbuhan
dan termasuklah apa-apa makhluk perosak yang berbahaya
PEROSAK
UTAMA
Lalat Buah adalah salah satu musuh utama pada tanaman kerana ia merosakkan buah dengan menyuntik telur larva ke dalam buah mengakibatkan cepat membusuk dan cepat gugur ke tanah. Khapra Beetle atau Kumbang Khapra (Trogoderma Granarium) merupakan makhluk perosak bijiran dan kekacang mengakibatkan tidak boleh disimpan lebih lama.
BAHAN-BAHAN YANG PERLU DIPERIKSA
1. Tumbuh-tumbuhan, termasuk untuk makanan, pemprosesan atau pengilangan, ubatan, bahan tanaman dan lain-lain.
Contoh:
i) Semua jenis sayuran segar/dingin,
ii) Semua jenis buahan segar / dingin,
iii) bunga-bungaan (segar, keratan, kelopak bunga)
iv) Kayu getah & Kelapa sawit – (diproses/ tidak)
v) Biji benih / bahan tanaman
2. Tanih (tanah, pasir, batu, bahanmineral dan sebagainya)
i) Semua jenis sayuran segar/dingin,
ii) Semua jenis buahan segar / dingin,
iii) bunga-bungaan (segar, keratan, kelopak bunga)
iv) Kayu getah & Kelapa sawit – (diproses/ tidak)
v) Biji benih / bahan tanaman
2. Tanih (tanah, pasir, batu, bahanmineral dan sebagainya)
3. Media tumbuhan, kompos, peat moss dan lain-lain.
4. Baja-baja organik
5. Perosak, agen kawalan biologi, organisma berfaedah
6.Artikel bukan-tumbuhan dan pembawa(carriers) cth: kontena, jentera, alat ganti dan sebagainya
7. Bahan pembungkus dan bahan lapik (packaging &
packing materials) yang diperbuat daripada bahagian tumbuhan atau yang berasaskan pertanian (contoh : daun kering, ranting, dahan dan sebagainya.
8. Semua hasilan Pertanian (Hasil pertanian yang telah diproses)
a) Pemeriksaan biasa
(rutin)
Pemeriksaan dilakukan
pada setiap kali pengimportan.
b) Pemeriksaan
mengejut (spot-check)Pemeriksaan tidak perlu dilakukan bagi setiap kali pengimportan. Ianya hanya boleh dilaksanakan sekiranya pengimport memenuhi ciri-ciri berikut;
i) telah melalui
pemeriksaan biasa sekurangkurangnya selama setahun;
ii) sayur berdaun
yang diimport sentiasa bebas perosak dan penyakit
iii) sentiasa
mematuhi segala peraturan pengimportan yang
telah ditetapkan.
C)Pemeriksaan rapi (100
%)
Pemeriksaan rapi
dilakukan dengan melibatkan pemunggahan semua
dagangan yang terdapat dalam kenderaan untuk
diperiksa. Ianya perlu dilaksanakan jika;–
i) mengesyaki
konsainan itu dicemari perosak;
ii) mengesyaki
konsainan yang dilarang diimport bersama dengan
konsainan;
iii) terdapat
tanda-tanda kehadiran perosak yang serius; dan
iv) profil pengimport
yang sering melanggar peraturan
pengimportan.
Pemeriksaan Fizikal
Konsainan
Perosak sasaran
seperti: serangga, kutu, molluska, nematod,penyakit, rumpai,
kotoran dan tanah.
1. Pemeriksaan
pembawa (carrier) konsainan pertanian
a) Lori, kontena,
van, pick-up dan lain-lain kenderaan darat.
(Lokasi di mana
perosak sering berada, seperti di lantai, dinding,
sudut, celah pecahan cat dan lain-lain ruang )
b) Pastikan pembawa
bebas perosak seperti :
i) Serangga.
ii) Siput.
iii) Kepompong
serangga.
iv) Bendasing –
tanah, pasir.
2. Pemeriksaan bahan
pembungkus
a) Periksa di
bahagian bawah, lipatan dan bucu. (Penggunaan bahan
pembungkus daripada buluh dan guni jut perlu
mendapatkan permit import daripada Jabatan
Pertanian )
b) Pastikan semua
bahan pembungkus bebas perosak seperti :
i) Serangga
ii) Siput.
iii) Kepompong
serangga.
iv) Bendasing –
tanah, pasir.
a) Pemeriksaan minima
10 % dijalankan di bahagian:
i) kontena - belakang
(tail gate)
ii) lori – tengah dan
belakang
iii) pick-up / van –
depan, tengah, belakang.
iv) kereta /
motosikal – 100 %
c) Periksa dengan teliti permukaan daun, kelopak daun, batang dan akar untuk melihat tanda-tanda kehadiran perosak seperti
i)terdapat
bintik-bintik atau lubang yang
dikorek oleh serangga.
ii) terdapat kesan
dimakan oleh serangga;
iii) terdapat najis
serangga perosak;
iv) terdapat jejak
berlendir (slime trails);
v) terdapat kesan
lelombong daun (leaf miner) pada permukaan daun
vi) terdapat
bintil-bintil pada akar
vii) terdapat larva
viii) terdapat
serangga)
ix) terdapat simptom
penyakit sayur
d) Kembalikan sampel
dalam kotak/beg selepas pemeriksaan
e) Sayur-sayuran yang
disyaki diserang perosak mesti dipotong dan
diperiksa bahagian dalamnya seperti terdapat larva dan
lain-lain.
f) Ambil sampel
berperosak untuk analisis dan pemerhatian jika
perlu.
g) Sampel mesti
diambil bagi sayur-sayuran berdaun yang disyaki
berperosak untuk dibuat analisis makmal selanjutnya.
h) Sampel diambil
secara :
i) Diambil pada
bahagian yang diserang / disyaki berperosak.
ii) Potong sampel dan
masukkan ke dalam bekas permerhatian ( Breeding-cage
).
iii) Keluarkan Borang
Akuan Pengambilan Sampel
i) Pastikan
sayur-sayuran berdaun yang diperiksa bebas daripada tanah
dan bahagian tumbuhan yang lain seperti daun,
ranting dan lain-lain.
j) Pastikan jenis
sayuran dan kuantiti yang diperiksa adalah sama seperti
yang diisytihar.
k) Pastikan bebas
dari simptom serangan perosak dan penyakit.
m) Memeriksa
tanda-tanda penyakit dan perosak.
n) Mempastikan tiada
bahan larangan diimport.
o) Jika terdapat
perosak yang dipintas, masukkan ke dalam botol sampel
perosak untuk tujuan pengenalan di makmal.
p) Maklumat yang
perlu dicatatkan pada botol sampel adalah :
i) Nama / jenis
sayuran.
ii) Tarikh
pemintasan.
iii) Nama pegawai
yang memintas.
iv) No. Pendaftaran
pengimportan konsainan.
mengenai kuantiti dan
jenis konsainan import.
Tindakan Perlanggaran
Peraturan
1. Jenis-jenis
ketidakpatuhan
a) Kenalpasti
kesalahan yang berlaku semasa pemeriksaan fizikal.
b) Jenis kesalahan
konsainan yang tidak dibenarkan import adalah
Konsainan yang ada
tanda-tanda perosak;
ii) Jenis sayur berbeza
daripada yang diisytiharkan;
iii) Kuantiti
melebihi daripada yang diisytiharkan;
iv) Sayuran yang
bertanah;
v) Produk yang rosak;
atau
vi) Terdapat bahan
larangan import.
a) Isikan Borang
Pemeriksaan Konsainan PQ 1.
b) Isikan Borang
Tindakan Kuarantin PQ 2.
c) Serahkan Borang
PQ1 dan PQ2 kepada pengimport.
d) Konsainan
ditolak/dilarang masuk (hantar balik)
e) Maklumkan kepada
kastam
f) ”Pending”
dalam SMK
g) Iring dan pastikan
konsainan dihantar pulang ke Thailand
3. Tidak Patuh (
Prosedur Rampasan / Tahanan )
a) Penggeledahan
konsainan yang ditahan, dibuka dan diperiksa .
b) Senaraikan barang
yang ditahan.
c) Ambil gambar
barang yang ditahan.
d) Nyatakan jenis
kesalahan
e) Isikan Borang
Pemeriksaan Konsainan PQ 1
f) Isikan Borang
Penahanan konsainan PQ 2.
g) Serahkan Borang
PQ1 dan PQ2 kepada pengimport.
h) Maklumkan kepada
kastam.
i) ” Pending”
dalam SMK.
j) Buat pengesahan
penahanan ke dalam Borang K1.
k) Buat laporan
polis.
Pemeriksaan dokumen akan dilakukan oleh pegawai penguat kuasa MAQIS di peringkat pintu masuk sama ada pemeriksaan secara dalam talian seperti Sistem Maklumat Kastam (SMK) atau secara manual. Konsainan yang tidak mempunyai dokumen (salinan atau asal) sepertimana yang dtentukan di dalam syarat-syarat import/eksport bagi konsainan berkaitan akan ditahan untuk tindakan selanjutnya.
Pemeriksaan fizikal ke atas semua bagasi penumpang antarabangsa oleh pegawai penguat kuasa MAQIS di semua pintu masuk Negara dengan menggunakan mesin pengimbas atau secara visual dan pemeriksaan 100% akan dibuat ke atas bagasi yang disyakki mengandungi barang larangan masuk di bawah kawalan MAQIS. Mana-mana konsainan yang tidak mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan akan ditahan dan dirampas untuk tindakan selanjutnya.
No comments:
Post a Comment