Friday, 6 September 2013

Penyakit Layu Fusarium Kelapa Sawit

 
Kelapa sawit (Elaeis guineensis) adalah tanaman utama di Malaysia dari keluarga Palmae yang menjadi bahan ekspot utama negara dalam sektor pertanian. Malaysia merupakan negara kedua selepas Indonesia sebagai pengeluar produk kelapa sawit dengan pengeluaran sebanyak 1.67 juta metrik tan bernilai sebanyak USD 7.39 billion pada tahun 2010 (menurut laporan FAO tahun 2011).

Tetapi apa yang dikuatiri antaranya kemasukan penyakit dan perosak yang berbahaya, sekiranya masuk dan bertapak di negara ini yang akan menjejaskan industri pertanian dengan teruk adalah Penyakit Layu Fusarium pada tanaman kelapa sawit sepertimana yang terdapat dikawasan Afrika Barat dan Afrika Tengah yang menyebabkan sehingga sekarang tanaman kelapa sawit di rantau tersebut tidak dapat dimajukan.
 
Penyakit Layu Fusarium
Penyakit layu sebenarnya ada banyak variasi (bermacam-macam jenis simtom) diantaranya disebabkan oleh Fusarium oxysporum f.sp. elaeidis
A) Simtom pada tanaman pokok sawit muda (kebiasaanya 1-3 tahun keatas) dimana daun pucuk pembuluh layu menguningkuning kecoklatan dan tidak mengembang mengakibatkan pertumbuhan terbantut daunnya melepai kebawah . Seterusnya pucuk daun pokok sawit muda itu akan terus layu mengering dan mati dalam waktu 2 bulan setelah gejala pertama tadi terlihat.
B) Simtom pada tanaman sawit tua  ( kebiasaannya 10 tahun ke atas ) pula selalunya ada 2 iaitu:

i) Di mana daun-daun bagian bawah layu, mengering dan pelepah daun patah pada bagian tengah atau pada sepertiga dari batang. Pertumbuhan daun-daun muda sangat lambat dan berwarna kekuningan.

ii) Dimana daun-daun bagian bawah mengering dan patah sehingga tinggal 2-4 daun pucuk yang tidak membuka. Daun tua akan patah dimana jika dibelah bahagian tisu dalam berwarna ke coklat kehitaman dan berbau busuk seterusnya pucuknya akan layu mengering dan mati.

  

Penyakit Fusarium wilt telah menyerang ladang-ladang, menjangkiti dan mematikan pokok-pokok kelapa sawit di negara-negara Afrika Barat dan Afrika Tengah seperti Ghana, Benin, Nigeria, Cameron dan Congo, Sebelum itu, penyakit ini telah menyebar dan menyerang tanaman kelapa sawit di Brasil pada tahun 1983, di Ecuador tahun 1986 dan Colombia. Penyakit Fusarium wilt merupakan faktor penghalang utama kepada kemajuan tanaman kelapa sawit di rantau berkenaan.

Pemeriksaan bagi setiap kemasukan atau pengimportan barangan pertanian yang masuk ke dalam negara akan di pantau oleh pihak MAQIS di setiap pintu-pintu masuk Negara bagi melindungi industri pertanian negara dari sebarang serangan makluk perosak dan penyakit.

 
Pengimportan Di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976

dan Peraturan-Peraturan Kuarantin 1981

Kemasukan semua semua spesies famili Palmae dari Negara berisiko tinggi (penyakit Layu Fusarium) termasuklah biji benih, biji benih berakar dan anak benih berakar memerlukan Permit Import , Sijil fitosanitasi dan Intermediate Kuarantin di Negara yang tidak ada penyakit Layu Fusarium dan PEQ (Kuarantin Lepas Masuk).

No comments:

Post a Comment