Saturday 17 August 2013

Pengenalan Kepada Ikan Terlarang Di Bawa Masuk / Import Ke Malaysia


PERATURAN-PERATURAN PERIKANAN (LARANGAN IMPORT,
Dan Sebagainya BAGI IKAN) 1990

JABATAN Perikanan mewartakan Peraturan Perikanan (Larangan Import dan sebagainya bagi Ikan) 1990 bagi mengawal kemasukan spesies ikan eksotik dari luar.

Pada awalnya, peraturan ini menyenaraikan sebanyak tujuh genus yang dilarang import kemudian meminda pada 2011 dengan memasukkan sembilan lagi genus dan spesies dalam senarai sedia ada untuk menjadikan jumlah kesemuanya 14 genus dan dua spesies ikan
.

Larangan yang dimaksudkan dalam peraturan berkenaan adalah larangan bagi mengimport, menjual, memelihara atau menyimpan genus ikan hidup seperti diperuntukkan dalam senarai di bawah kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
 
Larangan import ini dibuat selepas menimbang beberapa faktor seperti tahap ancaman kepada ekosistem, habitat dan spesies tempatan selain risiko penyakit yang dibawa oleh spesies ikan yang mudah dijangkiti dan spesies ikan vektor penyakit.

Senarai genus dan spesies ikan dilarang untuk diimport

- Serrasalmus/Serrasalmo/Pygocentrus/Catoprian
 
- Pygopristis

- Colosomma/Piaractus

- Mylossoma

- Mylopus/Myleus

- Pristobrycon

- Myletes
 
 














 


7 comments:

  1. apa masalah dengan cherex. skg pon dh berlambak diperairan sungai

    ReplyDelete
  2. Ni yg org panggil lobster air tawar tu ke

    ReplyDelete
  3. Aku rasa...Peacock base @ ikan raja dah memang ada...lepas tu...flower horn pon berlambak2 dekat kedai haiwan..apa yg larangan masok sedangkn da mmg wujud kt sni..dan kedai haiwan yg dekat sgt dgn rumah..aku perasan yg dorg ada jual sekor Arapaima bersaiz anak..lebih kurang besar botol air yg halus tu..cmne dorg bole lepas??

    ReplyDelete
  4. Kenapa salmon tidak diternak di Malaysia, ada penerangan yang lebih detail?

    ReplyDelete
  5. tak tau pula pacu tak boleh bela.sy ada seekor beli kt kedai ikan.

    ReplyDelete
  6. Bela boleh rsanya...tpi dilarang lepaskn di perairan malaysia....

    ReplyDelete
  7. Pacu berlambak kat kolam mancing

    ReplyDelete