Tuesday, 2 April 2013

LARANGAN KEMASUKAN MANGGA


LARANGAN KEMASUKAN 
MANGGA, KUINI DAN BACANG
Buah mangga, kuini dan bacang dilarang dibawa masuk ke dalam Malaysia, sama ada melalui kargo, bagasi, mel atau kurier kecuali disertakan dengan permit import dan sijil fitosanitasi. Tujuan larangan adalah untuk mencegah kemasukan serangga perosak yang boleh menjejaskan industri buah-buahan Negara. Jika melanggari Peraturan ini, tindakan boleh diambil di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976. Permit import boleh dipohon kepada  Jabatan Pertanian Kuala Lumpur (Tel.: 03-20301400)
 Peraturan memerlukan permit import dan sijil fitosanitasi dari negara pengeksport untuk membawa masuk mempelam atau mangga sudah dikuatkuasakan sejak September 2005.


Mangga dari beberapa negara lain seperti India, Indonesia dan Thailand didapati mengandungi perosak kuarantin iaitu pengorek buah mangga atau ‘stemochetus mangiferae dan S Olivein’. Kumbang pengorek buah mangga ini adalah perosak berbahaya kuarantin di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.Kumbang dewasa membuat teresan kecil (mengorek lubang) pada kulit buah dan bertelur di situ ketika buah mangga masih di peringkat putik lagi. Bila menetas, larva akan mengorek lubang terus ke biji dan akan membesar di dalam sehingga dewasa. . Lubang akan tertutup apabila buah semakin besar.
 

Oleh kerana Malaysia juga mengeksport mangga, kawalan kemasukan mangga yang berisiko membawa perosak ini adalah perlu supaya Malaysia terus bebas dari perosak. Ianya boleh menjejaskan industri buah mangga negara kerana ia menyebabkan buah mangga tidak dapat dieksport ke luar negara.
 
 
Pemantauan dan pemeriksaan oleh pihak MAQIS akan dipertingkatkan
di pintu-pintu masuk negara ini

3 comments:

  1. Terima kasih kerana memberi maklumat. Pokok mangga saya di Labuan telah di serang kumbang ini. 10% sahaja isi buah yang elok..yang lain semua isinya di 'huni' oleh kumbang ini dengan butiran 'pasir'nya. Sangat pelik bagaimana tiada kesan lubang di luar kulit mangga, namun kumbang masih boleh hidup.

    ReplyDelete
  2. Trima kasih ad penerangan sekali.saye igt nk beli buah mngga dari bandung utk ole2 bwk pulang ke malaysia..nasib buat servey dulu,klu x rugi je kne buang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih kerana bgtau lambat, burn da 30 kg utk kami berlima sahabat nk bw balik mkn utk keluarga masing2, bukan nk meniaga pun. šŸ˜¤ Frust amat2, bkn nk ckp maaf pun pegawai2 yg bertugas tu.

      Delete