Tuesday, 2 April 2013

Baka Anjing Terlarang Dibawa Masuk ( Banned Dogs)



Baka Anjing Terlarang Dibawa Masuk
( Banned Dogs)

Pada tahun 2002, sebanyak 12 jenis baka anjing telah disenaraikan sebagai baka yang terlarang untuk diimport dan 13 jenis baka anjing disenaraikan sebagai baka terhad di negara ini.

Istilah Anjing Terlarang merujuk kepada anjing yang nalurinya semulajadinya untuk membunuh . Anjing yang dikuatiri akan menyebabkan kecederaan kepada orang awam walaupun dipelihara dengan baik berdasarkan faktor keturunan dan genetik. Isu-isu anjing yang tidak terkawal perilakunya terjadi apabila anjing tersebut tidak menurut perintah dan arahan dan juga boleh menyebabkan kecederaan yang dahsyat kepada mangsa. Maka Baka Anjing Terlarang ( Banned Dogs) dilarang sama sekali di bawa masuk ke Negara Malaysia.

Baka anjing terlarang ialah Akita (Akita Amerika atau Akita Jepun), ”American Pitt Bull Terrier”, ”Dogo Argentino” (Argentinian Mastiff), ”Tibetan Mastiff”, ”Perro de Pastor Mallorquin”, ”Perro de Presa Canario” (Canary Dogs), ”Japanese Tosa” (Tosa Inu), ”American Bulldog”, ”Russo-European Laika”, ”Fila Braziliero” (Brazilian Mastiff), ”Owtcharka” (Russian Owtchar) dan ”Kai” (Korean Dogs).
 

 
 Akita / Akita Inu, Japanese Akita
Negara asal: Jepun
Ketinggian: 60-71cm
Berat: 34-50kg
Perilaku: Aktif, Berdikari

Akita mempunyai telinga yang tegak dan ekor yang melengkung kearah badan menandakan baka ini berasal daripada stok spitz. Kepalanya besar dan lebar mempamirkan ekspresi seperti beruang. Baka Akita dikatakan berasal dari wilayah Akita, dikepulauan Honshu. Baka ini dahulunya digunakan secara berpasangan untuk tujuan berburu. Baka ini kebanyakannya dijumpai di negara Jepun dan merupakan sejenis baka yang garang dan menyerang manusia jika diganggu. Akita secara rasminya sebagai sebahagian warisan kebangsaan Jepun pada tahun 1931

 American Bulldog / Old Country Bulldog
Negara asal: Amerika Syarikat
Ketinggian: 48-71cm
Berat: 30-58kg
Perilaku: Aktif, gagah

American Bulldog dikatakan hampir serupa dengan bentuk lama British Bulldog pada abad ke 16. Asalnya digunakan sebagai umpan dalam laga lembu. Kepalanya besar serta leher dan bahunya tegap dan kuat. Asal stok baka asli ini dibawa masuk dari Britain dan dibawa masuk ke Anerika Syarikat dan ianya menjadi terkenal sebagai anjing pemburu dan ladang ( field dog). Baka ini merupakan anjing kerja yang mempunyai variasi yang luas dari segi ketinggian dan berat badan berbanding dengan baka yang sama di Britain yang digunakan sebagai anjing kesayangan dan baka untuk pertunjukan.
 
 American Pit Bull Terrier
Negara asal: Amerika Syarikat
Ketinggian: 46-56cm
Berat: 23-36kg
Perilaku: Berani

American Pit Bull Terrier adalah baka yang sangat ditakuti didunia pada masa ini. Mempunyai kepala yang lebar, rahang yang sangat kuat dan otot yang tebal pada bahagian leher dan badan. Baka ini dibiakkan khusus untuk pertarungan anjing dan masih digunakan bagi tujuan ini sehingga ke hari ini secara tidak sah. Baka ini terhasil daripada kacukan Staffordshire Bull Terriers dengan Bulldog. Di UK pemilikan hanya untuk anjing didaftar dan dimandulkan sahaja.

 Canary Dog/ Perro de Presa Canario
Negara asal: Kepulauan Canary
Ketinggian: 55-65cm
Berat: 38-48kg
Perilaku: Berani

Canary Dog mempunyai persamaan yang sangat kuat seperti Perro de Presa Mallorquin. Bentuk badanya tegap dan mempunyai bentuk kepala segi empat seperti anjing baka mastiff. Fawn atau brindle adalah warna bulu yang biasa walaupun tanda-tanda putih boleh kelihatan dan bulunya adalah pendek serta kasar pada kesuluruhan badan. Baka ini berasal daripada kacukan diantara Baedino Majero yang telah pupus dengan Mastiff dan mula diperkenalkan di Canaries pada tahun 1800 an. Dihasilkan khusus bagi pertarungan anjing. Baka ini hampir pupus pada tahun 1960 berikutan kepada larangan aktiviti pertarungan anjing namun kini bilangannya kini sudah bertambah.

 Dogo Argentino / Argentinian Mastiff
Negara asal: Argentina
Ketinggian: 61- 69cm
Berat: 36-45 kg
Perilaku: Gagah, Berani

Dogo Argentino ialah anjing yang kuat dan berwarna putih yang merupakan satu diantara beberapa baka yang dihasilkan di Amerika Selatan. Mempunyai kepala berbentuk segi empat yang menandakan keturunan asalnya daripada Mastiff dan dikenali kerana ganas, tidak gentar secara semula jadi dan kebiasaanya digunakan untuk memburu. Meskipun begitu, anjing ini boleh dipercayai dan sangat setia. Baka ini berasal daripada Old Fighting Dog yang mana asalnya adalah dari Sepanyol. Anjing ini diharamkan di pelihara di Great Britain berikutan kepada kebimbangan terhadap sifat nalurinya.

 Fila Brasileiro / Brazillian Mastiff
Negara asal: Brazil
Ketinggian: 61-76 cm
Berat:41-50kg
Perilaku: Gagah, agresif

Fila Brasileiro adalah hasil daripada kombinasi stok mastiff yang kuat dengan Bloodhound, memperlihatkan lipatan kulit yang jelas diatas kepalanya yang luas sehingga ke bahagian leher. Pertalian yang rapat dengan Bloodhound dapat di lihat melalui deria baunya yang sangat tajam dan muncung yang panjang. Pertama kali dibiak untuk sifatnya yang ganas bertujuan untuk mengurangkan populasi kucing liar dan mengawal pergerakkan lembu di ladang. Anjing agresif yang digeruni ini turut digunakan untuk menjejaki hamba abdi yang terlepas pada masa dahulu.

  Kai Dog / Tora Dog
Negara asal: Jepun
Ketinggian: 46-58cm
Berat: 16-18kg
Perilaku: berdikari

Kai Dog yang tegap dan mantap di hasilkan dengan baik dimana kakinya yang kuat menjadikannya sesuai bagi tujuan memburu di kawasan yang berbukit bukau di Jepun dan mempunyai warna brindle. Baka yang berwarna merah dikenali sebagai Aka Tora, medium bernama Chu Tora dan hitam pula ialah Kuro Tora. Nama baka ini berasal dari bahagian tengah Jepun yang dikenali sebagai Yamanashi. Anak anjing Kai Dog kebiasaannya dilahirkan berbulu hitam. Warna sebenar akan hanya menyerlah apabila ianya besar dan matang.

Owtcharka
Negara asal: Jerman
Ketinggian: 74-88cm
Berat:46-82 kg
Perilaku: Berani sentiasa berjaga-jaga

Owtcharka terdiri daripada dua jenis mengikut kawasan iaitu pergunungan atau dataran. Anjing jenis dataran mempunyai bulu yang lebih pendek dan tinggi manakala jenis pergunungan adalah lebih panjang bulunya dan lebih berotot.

Perro de Pastor Mallorquin / Ca de Bestiar
Negara asal: Kepulauan Balearic
Ketinggian: 48-56cm
Berat: 20.5-27kg
Perilaku: Agresif, berani

Perro de Pastor Mallorquin mempunyai muncung tirus yang memberikannya identiti tersendiri. Ekornya panjang dan tirus di penghujungnya dan mempunyai dua jenis bulu iaitu sama ada berbulu panjang atau pendek. baka ini berasal dari kepulauan Balearic dipersisiran pantai Sepanyol dan digunakan sebagai haiwan pelbagai guna. Anjing ini dibiakkan sebab ianya tahan pada kepanasan di Meditterranean dan boleh bertindak garang serta agresif

 Russo- European Laika / Karelian Bear Laika
Negara asal: Russia dan Finland
Ketinggian: 53-61cm
Berat: 20.5-23kg
Perilaku: Berdikari , berani

Russo- European Laika merupakan anjing yang dikenali melalui warna bulunya yang putih dan hitam dan telinganya yang terpacak. Ekornya bergulung tetapi baka ini kebanyakannya dilahirkan tanpa ekor. Baka ini dievolusikan berhampiran dengan sempadan yang dikongsi bersama Russia dan Finland. Dikenali sebagai anjing pemburu serigala, kacukan dengan Utchak Sheepdog iaitu anjing yang garang membuka nalurinya yang luas bagi tujuan pemburuan beruang. Anjing ini tidak boleh dipelihara sebagai anjing yang tinggal serumah atau haiwan kesayangan.

 
 Tibetan Mastiff
Negara asal: Tibet
Ketinggian: 61-71cm
Berat: 64-82kg
Perilaku: Berani, setia

Tibetan Mastiff mempunyai Saiz yang mengagumkan dan adalah anjing pengawal yang baik, responsive kepada latihan dan lazimnya terbukti baik terhadap kanak-kanak. Ekornya terletak tinggi dan bergulung kearah sisi dan adalah lumrah untuk dipakaikan dengan kolar sebagai tanda statusnya di tibet. Ada kemungkinan bahawa baka European Mastiff pada hari ini berasal daripada Tibetan Mastiff.

 Tosa Inu / Tosa Fighting Dog
Negara asal: Jepun
Ketinggian: 62-65 cm
Berat: 90kg
Perilaku: Berani

Tosa Inu mempunyai susuk badan dan otot yang tegap dan kuat serta rahang dan gigi yang sangat kukuh, menjadikannya sebagai baka anjing yang sukar ditandingi dalam sebarang pertarungan. Anjing agresif ini telah diharamkan ( terlarang) di United Kingdom tetapi masih dipelihara di Amerka Syarikat.

Larangan 12 komoditi pertanian dari Thailand

Perlaksanaan syarat baru bagi pengimportan komoditi-komoditi terpilih dari negara Thailand berkuatkuasa dari 1 Mei 2010 di semua pintu-pintu masuk Malaysia. Pengimportan 12 jenis bahan/  produk pertanian terpilih dari Thailand memerlukan.
1) Permit Import (IP) dari Jabatan Pertanian Malaysia
2) Sijil Fitosanitasi dari pihak berkuasa Thailand
 
New import procedure of the new import procedure for importation of selected agriculture commodities from  Thailand will start from 1 May 2010 at all entry points of Malaysia.  Each of these 12 selected agriculture commodities require:
i) An Import Permit (IP) from the Departmen of Agriculture, Malaysia
ii) Phytosanitary Certicate (PC) from the relevan authority
 
Kesemua 12 jenis bahan/produk dari Thailand ini telah didapati mengandungi makhluk perosak dan penyakit merbahaya yang boleh mengancam industri sayuran negara. Oleh yang demikian, keperluan permit ini amat perlu dilaksanakan dengan kadar segera bagi melindungi industri pertanian negara dari sebarang serangan makhluk perosak dan penyakit.
 
12 jenis bahan/produk pertanian terpilih dari Thailand
adalah seperti berikut :
· Ubi kentang/potato (Solanum tuberosum);
· Ubi keledek/sweet potato (Ipomoea batatas);
· Ubi keladi/taro/yam/dasheen (Colocasia esculenta);
· Ubi kemili/kemili hutan/galak tua/kembili/ubi keeling (Coleus parviplorus);
· Ubi sengkuang/yambean (Pachyrhizus erosus);
· Kacang tanah/groundnuts (Arachis hypogeae);
· Serai/lemon grass (Cymbopogon citrates);
· Daun limau purut/kaffir lime leaf/Bai makrut (Citrus hystrix);
· Cili padi/bird/hot pepper (Capsicum frutescens);
· Kunyit/turmeric (Curcuma domestica);
· Lengkuas/greater galangal (Alpinia galangal);
· Halia/ginger (Zingiber officinale)
Dinasihatkan pengimport supaya tidak melanggar peraturan yang ditetapkan kerana jika mereka cuba membawa masuk dan kemudian dapat dikesan oleh pihak berkuasa di sempadan,  bahan /  produk pertanian itu akan dirampas untuk dimusnahkan mengikut Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 atau diarah supaya dihantar pulang ke Thailand.

LARANGAN KEMASUKAN JAMBU MADU

LARANGAN KEMASUKAN BUAH JAMBU MADU
DARI THAILAND
Buah jambu madu (Water Rose Apple) dari Thailand, dilarang dibawa masuk (Larangan Mutlak) ke dalam Malaysia, sama ada melalui kargo, bagasi, mel atau kurier. Tujuan larangan adalah untuk mencegah kemasukan serangga perosak yang boleh menjejaskan industri buah-buahan Negara. Jika melanggari Peraturan ini, tindakan boleh diambil di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976. Pemantauan dan pemeriksaan oleh pihak MAQIS akan dipertingkatkan di pintu-pintu masuk negara ini

Lalat Buah (Bactrocera spp.) adalah salah satu musuh utama pada tanaman jambu madu kerana ia merosakkan buah dengan menyuntik telur larva ke dalam buah . Buah yang dirosak oleh larva ini akan cepat membusuk dan cepat gugur ke tanah.
Penyebaran lalat buah akan memberikan kesan negatif kerana boleh menjejaskan industri jambu madu negara ini.

LARANGAN KEMASUKAN MANGGA


LARANGAN KEMASUKAN 
MANGGA, KUINI DAN BACANG
Buah mangga, kuini dan bacang dilarang dibawa masuk ke dalam Malaysia, sama ada melalui kargo, bagasi, mel atau kurier kecuali disertakan dengan permit import dan sijil fitosanitasi. Tujuan larangan adalah untuk mencegah kemasukan serangga perosak yang boleh menjejaskan industri buah-buahan Negara. Jika melanggari Peraturan ini, tindakan boleh diambil di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976. Permit import boleh dipohon kepada  Jabatan Pertanian Kuala Lumpur (Tel.: 03-20301400)
 Peraturan memerlukan permit import dan sijil fitosanitasi dari negara pengeksport untuk membawa masuk mempelam atau mangga sudah dikuatkuasakan sejak September 2005.


Mangga dari beberapa negara lain seperti India, Indonesia dan Thailand didapati mengandungi perosak kuarantin iaitu pengorek buah mangga atau ‘stemochetus mangiferae dan S Olivein’. Kumbang pengorek buah mangga ini adalah perosak berbahaya kuarantin di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.Kumbang dewasa membuat teresan kecil (mengorek lubang) pada kulit buah dan bertelur di situ ketika buah mangga masih di peringkat putik lagi. Bila menetas, larva akan mengorek lubang terus ke biji dan akan membesar di dalam sehingga dewasa. . Lubang akan tertutup apabila buah semakin besar.
 

Oleh kerana Malaysia juga mengeksport mangga, kawalan kemasukan mangga yang berisiko membawa perosak ini adalah perlu supaya Malaysia terus bebas dari perosak. Ianya boleh menjejaskan industri buah mangga negara kerana ia menyebabkan buah mangga tidak dapat dieksport ke luar negara.
 
 
Pemantauan dan pemeriksaan oleh pihak MAQIS akan dipertingkatkan
di pintu-pintu masuk negara ini

Monday, 1 April 2013

MAQIS - Prohibited of importation entry into Malaysia



Animal Products
Larangan Membawa Masuk Haiwan Hidup Dan Bahan Haiwan Ke Dalam Negara
Anda dilarang membawa masuk haiwan hidup termasuk burung, hasilan termasuk daging, telur, kulit bulu, najis dan lain-lain ke dalam negara tanpa kebenaran Pihak Berkuasa MAQIS
 
Prohibition Of Entry Live Animal And Products Into The Country
Entry of animal including birds, animal products such as meat, egg, skin, feathers, dung and others is prohibited except with Permit From MAQIS
 
  

 



 All fruit, vegetables, flowers, plants, soil and seed
 
Malaysian Gorvernment Prohibits import of All fruit, vegetables, flowers, plants, soil and seed and without import permit. You must not bring these into Malaysia

  
  
 

 

 Visitors possession of such items are required to declare the items to  MAQIS officer.

 Pemeriksaan fizikal ke atas semua bagasi penumpang antarabangsa oleh pegawai penguat kuasa MAQIS di semua pintu masuk Negara dengan menggunakan mesin pengimbas atau secara visual dan pemeriksaan 100% akan dibuat ke atas bagasi yang disyakki mengandungi barang larangan masuk di bawah kawalan MAQIS.  Mana-mana konsainan yang tidak mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan akan ditahan dan dirampas untuk tindakan selanjutnya.

Persiapan Menjelang Operasi

 
 Projek telah siap.. Menunggu beroperasi sahaja