Perlaksanaan syarat baru bagi pengimportan komoditi-komoditi terpilih dari negara Thailand berkuatkuasa dari 1 Mei 2010 di semua pintu-pintu masuk Malaysia. Pengimportan 12 jenis bahan/ produk pertanian terpilih dari Thailand memerlukan.
1) Permit Import (IP) dari Jabatan Pertanian Malaysia
2) Sijil Fitosanitasi dari pihak berkuasa Thailand
New import procedure of the new import procedure for importation of selected agriculture commodities from Thailand will start from 1 May 2010 at all entry points of Malaysia. Each of these 12 selected agriculture commodities require:
i) An Import Permit (IP) from the Departmen of Agriculture, Malaysia
ii) Phytosanitary Certicate (PC) from the relevan authority
Kesemua 12 jenis bahan/produk dari
Thailand ini telah didapati mengandungi makhluk perosak dan penyakit merbahaya yang boleh
mengancam industri sayuran negara. Oleh yang demikian, keperluan permit ini
amat perlu dilaksanakan dengan kadar segera bagi melindungi industri pertanian
negara dari sebarang serangan makhluk perosak dan penyakit.
12 jenis bahan/produk pertanian terpilih
dari Thailand
adalah seperti berikut :
· Ubi kentang/potato (Solanum tuberosum);
· Ubi keledek/sweet potato (Ipomoea
batatas);
· Ubi keladi/taro/yam/dasheen (Colocasia
esculenta);
· Ubi kemili/kemili hutan/galak
tua/kembili/ubi keeling (Coleus parviplorus);
· Ubi sengkuang/yambean (Pachyrhizus
erosus);
· Kacang tanah/groundnuts (Arachis
hypogeae);
· Serai/lemon grass (Cymbopogon citrates);
· Daun limau purut/kaffir lime leaf/Bai
makrut (Citrus hystrix);
· Cili padi/bird/hot pepper (Capsicum
frutescens);
· Kunyit/turmeric (Curcuma domestica);
· Lengkuas/greater galangal (Alpinia
galangal);
· Halia/ginger
(Zingiber officinale)
Dinasihatkan pengimport supaya tidak melanggar peraturan yang ditetapkan
kerana jika mereka cuba membawa masuk dan kemudian dapat dikesan oleh
pihak berkuasa di sempadan, bahan / produk pertanian itu akan dirampas untuk
dimusnahkan mengikut Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 atau diarah supaya
dihantar pulang ke Thailand.
No comments:
Post a Comment