Tuesday 14 January 2014

1 Oktober 2013 Penguatkuasaan Permit Import dan Eksport Haiwan Peliharaan

PENGUATKUASAAN PERMIT IMPORT DAN EKSPORT HAIWAN PELIHARAAN MULAI 1 OKTOBER 2013
MAQIS merekodkan sebanyak 600 ekor anjing dan kucing yang berpermit dibawa masuk ke negara ini setiap tahun

MULAI 1 OKTOBER 2013 Penguatkuasaan tersebut termaktub di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang menyatakan sebarang peruntukan bagi perkhidmatan kuarantin dan pemeriksaan bersepadu berhubung kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin dan pemerakuan bagi import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma termasuk makanan.

Tanpa langkah penguatkuasaan yang ketat, ia akan menyebabkan penyakit anjing gila merebak ke negara ini tanpa disedari. Penyakit anjing gila bukan sahaja boleh memburukkan tahap kesihatan manusia tetapi turut menjejaskan sektor ternakan negara. Malaysia bagaimanapun, telah bebas daripada penyakit tersebut sejak tahun 1999.

Terdapat dua kategori bagi pengeluaran permit import dan eksport untuk haiwan peliharaan iaitu negara berjadual tidak perlu menjalani tempoh kuarantin
dan negara tidak berjadual perlu menjalani tempoh kuarantin selama tujuh hari.



 
Setiap haiwan yang dibawa masuk melalui kedua-dua kategori tersebut perlu mempunyai sijil kesihatan veterinar, sijil pelalian atau sijil imunisasi yang membuktikan
bahawa haiwan tersebut bebas daripada segala penyakit berbahaya. Jika didapati haiwan yang dibawa masuk dari negara tidak berjadual tidak mempunyai dokumen lengkap, ia akan dikuarantin sehingga 30 hari.

Pengecualian kuarantin hanya termaktub kepada anjing dan kucing yang dibawa masuk atas tujuan pertandingan sama ada di Malaysia atau di luar negara dan bukan dari baka terlarang. Anjing yang dibawa masuk untuk tujuan pertandingan akan dikuarantinkan di tempat pertandingan berkenaan diadakan.

Haiwan-haiwan yang mempunyai masalah kesihatan perlu diberi perhatian dan mendapat perakuan Pegawai Veterinar bertauliah dari negara asal. Ini juga termaktub untuk anjing guide dog yang digunakan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mana ia dikuarantin di rumah pemiliknya.
 

No comments:

Post a Comment