Tuesday, 18 February 2014

Perkhidmatan KPJ Healthcare di Feri Puteri Harbour

 
KPJ Healthcare Bhd. (KPJ Healthcare),  merupakan sebuah syarikat tempatan yang menjadi pelopor dalam menyediakan penjagaan kesihatan swasta terkemuka di rantau ini.
Pada masa ini, KPJ Healthcare,  telah memberikan perkhidmatan kepada  warga tempatan dan asing ini termasuklah warga Indonesia yang berada di Batam dan Tanjung Balai. Terminal Feri Puteri Harbour di jadikan sebagai laluan membawa pesakit yang berada  di Batam dan Tanjung Balai.
 
 
 







 

 

Sunday, 19 January 2014

Operasi Perlepasan Jemaah Umrah MV Falcon II

Pada 19hb. Januari, 2014, Seramai 46 orang daripada kumpulan umrah warga Indonesia dari Batam yang melalui penerbangan pergi ke  KLIA  dari Terminal Feri Puteri Harbour dengan mengunakan feri MV. Falcon II danketibaan dari Batam pada jam 8.10 malam

.




















Tuesday, 14 January 2014

1 Oktober 2013 Penguatkuasaan Permit Import dan Eksport Haiwan Peliharaan

PENGUATKUASAAN PERMIT IMPORT DAN EKSPORT HAIWAN PELIHARAAN MULAI 1 OKTOBER 2013
MAQIS merekodkan sebanyak 600 ekor anjing dan kucing yang berpermit dibawa masuk ke negara ini setiap tahun

MULAI 1 OKTOBER 2013 Penguatkuasaan tersebut termaktub di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang menyatakan sebarang peruntukan bagi perkhidmatan kuarantin dan pemeriksaan bersepadu berhubung kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin dan pemerakuan bagi import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma termasuk makanan.

Tanpa langkah penguatkuasaan yang ketat, ia akan menyebabkan penyakit anjing gila merebak ke negara ini tanpa disedari. Penyakit anjing gila bukan sahaja boleh memburukkan tahap kesihatan manusia tetapi turut menjejaskan sektor ternakan negara. Malaysia bagaimanapun, telah bebas daripada penyakit tersebut sejak tahun 1999.

Terdapat dua kategori bagi pengeluaran permit import dan eksport untuk haiwan peliharaan iaitu negara berjadual tidak perlu menjalani tempoh kuarantin
dan negara tidak berjadual perlu menjalani tempoh kuarantin selama tujuh hari.



 
Setiap haiwan yang dibawa masuk melalui kedua-dua kategori tersebut perlu mempunyai sijil kesihatan veterinar, sijil pelalian atau sijil imunisasi yang membuktikan
bahawa haiwan tersebut bebas daripada segala penyakit berbahaya. Jika didapati haiwan yang dibawa masuk dari negara tidak berjadual tidak mempunyai dokumen lengkap, ia akan dikuarantin sehingga 30 hari.

Pengecualian kuarantin hanya termaktub kepada anjing dan kucing yang dibawa masuk atas tujuan pertandingan sama ada di Malaysia atau di luar negara dan bukan dari baka terlarang. Anjing yang dibawa masuk untuk tujuan pertandingan akan dikuarantinkan di tempat pertandingan berkenaan diadakan.

Haiwan-haiwan yang mempunyai masalah kesihatan perlu diberi perhatian dan mendapat perakuan Pegawai Veterinar bertauliah dari negara asal. Ini juga termaktub untuk anjing guide dog yang digunakan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mana ia dikuarantin di rumah pemiliknya.
 

Kemudahan Asas Premis Kuarantin Ikan Hidup MAQIS

Kemudahan Asas Premis Kuarantin Ikan Hidup MAQIS

   (Sila Klik Untuk Perbesarkan Gambar)
  (Sila Klik Untuk Perbesarkan Gambar)

Penyakit-penyakit Ikan Hidup MAQIS

Penyakit-penyakit Ikan Hidup MAQIS
 
   (Sila Klik Untuk Perbesarkan Gambar)
  (Sila Klik Untuk Perbesarkan Gambar)

Larangan Ikan Import MAQIS

Larangan Ikan Import MAQIS
 
   (Sila Klik Untuk Perbesarkan Gambar)

  (Sila Klik Untuk Perbesarkan Gambar)

Kemudahan Asas Permis Kuarantin Haiwan MAQIS

Kemudahan Asas Permis Kuarantin Haiwan MAQIS

   (Sila Klik Untuk Perbesarkan Gambar)
 
  (Sila Klik Untuk Perbesarkan Gambar)