Pisang merupakan tanaman kedua komersial di Malaysia selepas durian dengan keluasan sekitar 27,453 hektar. Pisang boleh dimakan segar atau diproses menjadi pelbagai jenis produk seperti kerepek dan tepung. Bagi memenuhi tuntutan permintaan pasaran tempatan dan luar negara, para penanam diharap dapat meningkatkan hasil keluaran (metrik per tan) pisang selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan tanaman pisang sebagai salah satu tanaman yang akan diberi perhatian khusus di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Bagaimanapun, matlamat untuk menjadikan industri pisang sebagai tanaman komersial kedua di negara ini tidak akan menjadi realiti sekiranya penyakit utama industri ini tidak ditangani dengan sewajarnya.
PENYAKIT LAYU BAKTERIA PISANG (MOKO)
PENGENALAN
Penyebab : Bakteria Ralstonia solanacearum ras 2
Penyakit Layu Bakteria Pisang (MOKO) adalah
disebabkan oleh bakteria Ralstonia solanacearum.Bakteria hidup di dalam
perumah iaitu pada sisa tanaman perumah yang dijangkiti secara sementara (boleh
2-3 tahun),bahan tanaman yang berpenyakit, air dipermukaan yang tercemar, baja
tahi ayam dan tahi lembu (boleh beberapa minggu).
Bakteria tidak boleh hidup lebih dari 6 bulan di tanah yang mempunyai "water holding capacity" kurang dari 65%.
Sebaran/jangkitan
Sebaran penyakit dari ladang ke ladang dan dari pokok ke pokok adalah disebabkan oleh aktiviti serangga dan manusia terutamanya peralatan ladang yang digunakan. Serangan seringkali merebak terutamanya selepas banjir.
SIMPTOM SERANGAN
Jenis simptom serangan bergantung kepada cara jangkitan. Kultivar pisang "dessert" jangkitan adalah melalui akar dan rizom manakala bagi kultivar "cooking banana" jangkitan adalah melalui serangan serangga. Antara simptom mudah bagi penyakit layu bakteria pisang adalah:

1)
Daun tua : menjadi kekuningan,
layu dan akhirnya mati.
2)
Daun muda: daun paling muda
akan menjadi hijau pucat atau kekuningan dan Berputar
3) Buah: bahagian dalam buah menjadi
kehitaman dan akhirnya reput
4) Batang: tisu vaskular menjadi keperangan
atau kehitaman. Apabila dipotong dan direndamkan ke dalam air, ia akan
mengeluarkan juraian bakteria (ooze)
5)
Pelepah: menjadi keperangan
atau kehitaman
6)
Umbisi: menjadi kehitaman dan
reput
7)
Putik buah dan jantung pisang :
menjadi hitam dan mati
Oleh yang demikian, pemeriksaan bagi setiap kemasukan atau pengimportan
barangan pertanian yang masuk ke dalam negara akan di pantau oleh pihak MAQIS
di setiap pintu-pintu masuk Negara bagi melindungi industri pertanian negara
dari sebarang serangan makluk perosak dan penyakit.
Pengimportan
Di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976
dan
Peraturan-Peraturan Kuarantin 1981
Kemasukan semua spesis pisang Musa dan
allied genera (Banana, Plantains dan Manila) termasuklah bahan-bahan
tanaman ( Biji benih, pokok, anak pokok, keratan, tunggul, jambangan bunga,
tisu kultur dan lain-lain bahagian pembiakan tumbuhan ) memerlukan Permit
Import , Sijil fitosanitasi dan PEQ . - Pengimportan secara komersial hanya
dalam bentuk tisu kultur tertakluk kepada pemeriksaan kuarantin terhadap makmal
tisu kultur dan induk di Negara pengeksport
No comments:
Post a Comment