Thursday 5 September 2013

South American Leaf Blight (SALB)- Penyakit Hawar Daun Amerika Selatan


Malaysia menghasilkan kira-kira 1 juta tan matrik getah dan menduduki tempat keempat selepas Indonesia, Thailand dan India. Pada 2006, hasil eksport industri getah (termasuk kayu) berjumlah RM24.3 bilion dan merupakan 4.2 peratus daripada eksport negara.

Tetapi apa yang dikuatiri antaranya kemasukan penyakit dan perosak yang berbahaya, sekiranya masuk danbertapak di negara ini yang akan menjejaskan industri pertanian dengan teruk adalah Penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (South American Leaf Blight –SALB) pada tanaman getah yang terdapat dikawasan Amerika Tropik yang menyebabkan sehingga sekarang tanaman getah di rantau tersebut tidak dapat dimajukan.

Penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (South American Leaf Blight –SALB)
Hawar daun Amerika Selatan ialah satu penyakit pokok getah yang sangat penting. Ianya menjadi ancaman terhadap industri ladang getah sekiranya masuk dan bertapak di negara ini yang menjejaskan industri pertanian.. penyakit hawar daun biasanya menjangkiti pokok muda menyebabkan daunnya berbintik-bintik dan gugur.

Hawar Daun Amerika Selatan disebabkan kulat microcyclusulei yang disebarkan spora fungusnya. Penyakit ini tidak serius di negara kita kerana sudah dikawal di Asia sejak 1954 menerusi Suruhanjaya Perlindungan Pokok Asia Pasifik, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia, Indonesia, Thailand dan India antara anggota yang melindungi industri getah masing-masing daripada penyakit ini.

Penyakit Hawar Daun Amerika Selatan berkenaan berasal dari Bel Terra dan Ford Landia di Brazil, iaitu ladang getah pertama dibangunkan syarikat Ford di Amerika Selatan.Kemudiannya terus menyerang tanaman getah di Colombia yang mengakibatkan 78% tanaman getahnya mati.

Fakta Penyakit Hawar Daun Amerika Selatan
         SALB (= South American Leaf Blight)

        Penyakit Hawar Daun Amerika Selatan pada Karet

        Penyebab: Kulat Microcyclus ulei

         Menghancurkan ladang-ladang getah di Amerika Selatan & Amerika Tengah

         Belum masuk di Asia Tenggara

        Tindakan Pencegahan dan kawalan kuarantin yang ketat



 

Pemeriksaan bagi setiap kemasukan atau pengimportan barangan pertanian yang masuk ke dalam negara akan di pantau oleh pihak MAQIS di setiap pintu-pintu masuk Negara bagi melindungi industri pertanian negara dari sebarang serangan makluk perosak dan penyakit.


Pengimportan Dan Pengeksportan Di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976

dan Peraturan-Peraturan Kuarantin 1981

Kemasukan semua Semua spesies getah  (hevea) dari Negara berisiko tinggi (penyakit SALB) termasuklah biji benih, biji benih berakar dan anak benih berakar memerlukan Permit Import , Sijil fitosanitasi dan Intermediate Kuarantin di Negara yang tidak ada penyakit SALB dan PEQ (Kuarantin Lepas Masuk).

No comments:

Post a Comment